Di sini saya ingin berkongsi vitamin atau suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kesuburan..Mari kita lihat bagaimana Set Kesuburan Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan tahap kesuburan anda suami isteri..=)

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfafa dan GLA Complex manakala Set Kesuburan Shaklee untuk lelaki mengandungi ESP, VitaLea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan Zinc.

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

ESP, VitaLea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Energizing Soy Protein (ESP)

~ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
~ Protein ialah makanan asas kepada sel.
~ Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
~ ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

VitaLea

~ Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa.
~ Pengambilan Vita-Lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.
~ Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C

~ Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.
~ Vita-C Shaklee adalah jenis ‘sustained release’ di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.
~ Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E di mana ia menjaga kualiti sel sperma.
~ Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

B-Complex

~ Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg).
~ Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan

Vitamin E dan Selenium

~ Terkenal sebagai “vitamin seks”.
~ Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.
~ Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal.
~ Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.
~ Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zink

~ Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
~ Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
~ Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
~ Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa Complex

~ Diamalkan oleh wanita terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur.
~ Senggugut, sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium)
~ Turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
~ Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex

~ Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.
~ Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
~ Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah, likat dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum).
~ Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Ini adalah antara vitamin atau suplemen yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan..Yang penting, jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan cahayamata..InsyaAllah..=)

Komen